Uncategorized

Dalam telefon bimbit Ebit Lew ada sejarah laman sesawang lucah

Pendakwa bebas yang dikenali Ebit Lew sekali lagi cetus kontroversi apabila saksi memberitahu keterangan di mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang di analisisnya.

Ebit Lew sedang mengerjakan Haji

Menurut juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, laman sesawang itu di layari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Hasil analisis terdapat kandungan sejarah melayari laman sesawang yang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google.

“Antara laman sesawang yang turut dilayari termasuk Wikipedia berkaitan “gangguan seksual”, Undang-undang gangguan seksual”, “Undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

Selain itu, turut menganalisis satu lagi telefon bimbit yang mengandungi 219 tangkap layar perbualan WhataApp yang bermula 4 Mac 2021. Terdapat juga panggilan suara yang tidak dijawab daripada penghantar pada 15 Mac dan 16 Mac 2021.

Ebit, 37 berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalah.

Baca Juga :>

Saksi pendakwaan Ebit Lew nafi sebarang konspirasi

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button