AnalisisNasional

DEB wajib jadi tunjang kepada NIMP 2030 negara

PELAN Induk Perindustrian Baharu atau New Industrial Master Plan (NIMP) 2030  yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat tempat kali ini susulan kejatuhan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku tahun kedua 2023 berturut-turut.

Ahli Dewan Tertinggi Putra merangkap Pengerusi  Biro Ekonomi Parti Putra Malaysia, Dr. Mohamad Izwan Zainal berpendapat, ini adalah tindak balas kerajaan Malaysia setelah mendapat kecaman akibat daripada prestasi negara yang menurun.

Beliau berkata, terdapat empat misi utama dalam NIMP 2030 ini iaitu:

  1. Memajukan ekonomi dengan galakan inovasi industri dan penghasilan produk lebih canggih untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
  2. Membina negara berdaya maju dalam teknologi bagi memacu inovasi, meningkatkan produktiviti serta mencipta peluang baharu pertumbuhan ekonomi.
  3. Mencapai pelepasan sifar bersih.
  4. Menjaga keselamatan dan keterangkuman ekonomi

Beliau berkata, PUTRA memandang tinggi inisiatif ini namun ia perlu selaras dengan agenda pembangunan negara yang mana NIMP 2030 ini perlu seiring dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi keterjaminan ekuiti masyarakat bumiputera dan menarik penglibatan bumiputera demi menjayakan NIMP 2030 ini.

“DEB juga merupakan selari dengan asas Perlembagaan Malaysia yang menjaga kedudukan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Yang mana keistimewaan ini dinikmati secara seimbang berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui bersama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pendekatan Liberal untuk Strategi Pelaburan akan membawa kepada negara yang bersifat kapitalis yang akhirnya menjerut rakyat Malaysia kepada kancah kekayaan sesuatu individu dan kenaikan kos operasi akan dimasukkan dalam perbelanjaan masyarakat Malaysia seteruskan memberikan kesan kepada inflasi negara.

Katanya lagi, 10% daripada anggaran jumlah pelaburan RM95 billion untuk tempoh 7 tahun yang melibatkan jumlah peruntukan kerajaan mungkin boleh diperhalusi lagi kerana ia melibatkan satu kos yang besar dan digunakan pendekatan tander terbuka berbanding runding terus atau anugerah terus.

“Pendekatan ini akan memberi impak kepada masyarakat umum kerana ia melibatkan pelaburan rakyat yang besar dan akhirnya, sekiranya ia tidak diurus dengan baik maka kesannya kepada ekonomi rakyat untuk menanggung kebarangkalian kepada kerugian perlaburan tersebut,” ujar beliau.

Di samping satu jawatan kuasa khas yang melibatkan semua pihak antaranya pihak kerajaan, beliau berkata, pembangkang dan NGO demi memastikan keseimbangan perbelanjaan seterusnya sebagai pencegahan kepada ketirisan.

Tambah beliau, kajian yang lebih menyeluruh bukan sahaja pendapatan kepada rakyat malah ekuiti syarikat perlu selaras dengan matalamat asal DEB.

“Justeru PUTRA menyarankan DEB perlu dan wajib menjadi tunjang utama kepada NIMP 2030 negara untuk memastikan pendapatan negara diagih-agihkan dengan lebih adil dan saksama untuk semua kaum berdasarkan nisbah jumlah penduduk mengikut kaum,” katanya.

Beliau juga berkata, isu utama ialah bukan setakat isu roti dan keju tetapi pembahagian kek ekonomi negara secara adil utk semua kaum mengikut nisbah kaum dan ini memperkasakan keadilan sama rata di semua sektor kekayaan negara dan bukan setakat memekik pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum utk B40 sahaja

“Bagi memastikan pembahagian kek ekonomi negara supaya adil kepada kaum bumiputra maka Dasar Afirmatif melalui NIMP wajib di laksanakan secara telus, tegas dan perlaksanaan yg berkesan bukan retorik.

“Kaum Bumiputra khususnya orang Melayu wajib bangkit menuntut Hak Keistimewaan Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan di bawah Fasal 153 dan yang berkaitan melalui perjanjian sosial kontrak.

“Selagi pembahagian kek ekonomi tidak adil antara kaum, selagi itulah semangat Dasar DEB wajib di teruskan tanpa tolak ansur,” katanya. – SM

BACA RM9.5 bilion disediakan kerajaan untuk jayakan NIMP 2030

BACA Empat misi NIMP 2030 mampu tingkatkan kedudukan industri Malaysia

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button