Nasional

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Ahmad A Talib meninggal dunia

BEKAS Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad A Talib telah kembali menemui penciptanya petang ini.

Allahyarham berusia 68 tahun dipercayai telah dikesan menghidap barah sebelum Ramadan baru-baru ini.

Arwah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 5.42 petang ini.

Memetik laporan NST, berita itu disahkan oleh anak perempuannya, Sophia.

“Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Dukacita dimaklumkan bahawa insan kesayangan kami, Datuk Ahmad A Talib telah pulang menemui Penciptanya pada jam 5.42pm di PPUM pada 26 Mei 2020,” tulis Sophia dalam hantaran di Facebooknya.

Menurut Sophia jenazah akan dibawa ke Masjid Al Muqarrobin, Bandar Tasik Selatan untuk urusan selanjutnya.

“Solat jenazah akan diadakan di lokasi sama.  Insya Allah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini juga.

“Mohon sedekahkan ummul kitab Al Fatihah untuk Allahyarham, moga Allah merahmati dan mengasihi roh beliau,” tulis Sophia.

Ahmad memulakan kerjayanya sebagai wartawan dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri persuratkhabaran.

Memulakan kerjaya awal sebagai wartawan kadet untuk perkhidmatan ekonomi dengan Bernama pada tahun 1972 dan pada tahun 1988 allahyarham menjadi Pengarang Kumpulan New Straits Times.

Kecintaannya pada bidang penulisan terbukti melalui ruangan ‘Pahit Manis’ dalam akhbar New Sunday Times.

Arwah juga terkenal melalui kerja-kerja sukarela dan merupakan Pengerusi Yayasan Salam iaitu sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1997. – SM

 

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button