Nasional

Bekas isteri tokoh perniagaan, Emilia Hanafi dipenjara tujuh hari

BEKAS isteri kepada  ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara tujuh hari.

Ia ekoran kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

Memetik laporan BH Online, Hukuman itu bermula hari ini selepas Emilia, 43, menyerah diri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi ini.

Menurut Peguam Syarie, Nazri Yahya yang mewakili Emilia, anak guamnya itu akan menjalani hukuman itu di Penjara Wanita Kajang.

“Selepas menjalani hukuman itu, anak guam saya akan hadir untuk prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang ditetapkan pada 6 Julai,” katanya.


(Visited 854 times, 2 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button