Politik

Lantik anak, isteri sebagai penasihat norma baharu tadbir urus Kerajaan?

PELANTIKAN Nurul Izzah, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin Kerajaan Perpaduan sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Penasihat kepada Menteri Kewangan yang mana jawatan sebagai Menteri di Kementerian berkenaan dipegang oleh Anwar, dipersoalkan bukan sahaja dalam kalangan netizen bahkan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Beliau dalam catatannya di akaun Facebook menzahirkan rasa bimbang dengan senario pelantikan yang berlaku dalam Kabinet hari ini.

Walaupun bukan persoalan gaji yang menjadi topik utama dalam pelantikan Nurul Izzah tetapi yang mengundang rasa tidak senang dalam kalangan banyak pihak termasuk Radzi sendiri ialah elemen kronisme dan juga nepotisme.

Radzi dalam catatannya menulis begini, “ada yang menyatakan bahawa “Nurul Izzah bukan terima gaji pun sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada ayahnya di Kementerian Kewangan. Jadi, apa salahnya?

“Sekiranya itu hujah yang digunakan, adakah bermakna selepas ini Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri boleh melantik anak isteri mereka sebagai penasihat tanpa gaji di kementerian masing-masing atas pelbagai justifikasi?,” soal Radzi secara terus terang.

Radzi turut membuat catatan, adakah ini akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus Kerajaan?

Isu kronisme dan nepotisme bukan baharu dalam senario pentadbiran mahupun politik di Malaysia. Boleh sahaja meneropong siapakah yang mengamalkan dasar ini.

Bahkan bekas Perdana Menteri yang memerintah Malaysia selama 22 tahun pernah menyentuh isu kronisme dan nepotisme dalam pelantikan.

Hari ini, siapa yang berkuasa, banyak perkara yang dibuat jatuh di bawah klasifikasi “tidak mengapa” dan “dibolehkan” manakala yang tidak memegang kuasa, tindakan yang diambil menjadi “tidak boleh”. – SM

 

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button