Analisis

Drone ceroboh istana: PDRM perlu lebih proaktif

ISU drone terbang di kawasan larangan bukan perkara baharu, bahkan ia menjadi semakin serius apabila kawasan istana turut diceroboh.

Baru-baru ini Istana Johor turut diceroboh oleh drone, sebelum ini Istana Arau juga dilaporkan mengalami situasi yang sama.

Walaupun PDRM mempunyai unit khas, tetapi setakat ini ia tidak diendahkan oleh orang awam.

Justeru polis perlu lebih proaktif tidak hanya menunggu laporan dibuat baru siasatan dibuat, sebaliknya mereka perlu memantau di media sosial jika terdapat individu yang menyiarkan visual kawasan sensitif dan mengambil tindakan segera.

Menerbangkan dron di kawasan larangan tanpa kebenaran seperti di istana dan lapangan terbang menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan 1959.

Namun difahamkan pihak istana dan individu yang menjadi mangsa tidak boleh menembak drone walaupun ia mengancam keselamatan.

Polis Johor sedang mengesan individu atau pihak tertentu yang menerbangkan dron di sekitar kawasan istana di negeri berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, 10 Mei lepas. – SM 

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button