NasionalRencah Hidup

MARDI mahu kerajaan bantu tingkat promosi penggunaan santan kelapa

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menggesa kerajaan meningkatkan promosi untuk mengubah persepsi tidak baik terhadap santan kelapa yang sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan.

Pengerusi MARDI, Dr Azman Ismail berkata, pelbagai kajian di dunia telah membuktikan bahawa santan kelapa amat baik kerana mengandungi Medium-Chain Triglyceride (MCT) yang turut berada di dalam susu ibu.

Menurutnya, MCT merupakan lemak yang penting dan paling sesuai dengan badan manusia berfungsi sebagai antiviral, antifungal, antibakteria dan antiparasit serta meningkatkan imuniti dalam sistem tubuh.

“Saya menyeru kepada kerajaan supaya mengubah persepsi terhadap lemak pemakanan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedar tentang perubahan ini dan menguar-uarkan kepada masyarakat. Kelapa merupakan sumber utama lemak yang baik.

“Lemak sangat penting untuk antioksidan, sumber nutrisi dan penyerapan zat vitamin. Lemak terbaik adalah santan dan minyak kelapa kerana ini anugerah tuhan kepada kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kelapa Hibrid MARDI di MARDI Bagan Datuk, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Azman berkata, selama ini terdapat banyak kekeliruan disebarkan mengenai lemak santan kelapa oleh mereka yang tidak memahami perkembangan sains terbaharu.

Beliau berkata, beberapa negara lain sudah menyedari tentang kebaikan lemak santan malah di China serbuk santan tulen dari Malaysia antara produk paling laris dijadikan minuman di restoran. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA FELCRA peruntuk RM3.5 juta perkasa industri santan sawit

BACA Santan lancar menu baharu dalam penerbangan AirAsia

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button