Politik

Bekas ADUN Asahan kritikal akibat Covid-19

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat Covid-19.

Menurut Jurucakap Hospital Melaka, Abdul Ghafaar ditidurkan sejak semalam, berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun. Beliau disahkan positif Covid-19 minggu lalu dan mendapat rawatan di hospital berkenaan.

“Namun kesihatannya menurun dan telah dimasukkan  di ICU, tetapi keadaannya terus tidak stabil hingga terpaksa ditidurkan semalam,” katanya.

Abdul Ghafar yang merupakan ahli UMNO tidak dicalonkan untuk mempertahan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Pilihan Raya Negeri Melaka.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pula telah mengadakan bacaan Surah Yasin menerusi aplikasi Google Meet petang semalam, untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Abdul Ghaafar. – UTUSAN ONLINE

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button