Hiburan

Jep Sepahtu berang akaun palsu guna namanya

MEDIA sosial sudah menjadi ibarat sebahagian daripada sumber kewangan sebahagian daripada selebriti terutamanya mereka yang menjalankan ulasan produk berbayar.

Namun, ada juga sesetengah individu yang cuba menggunakan nama selebriti tempatan di media sosial untuk mendapat pengikut sekaligus mencari peluang menjana duit yang ada.

Tidak tahan dengan lambakan akaun media sosial yang menggunakan namanya, pelawak, Jep Sepahtu akhirnya bersuara berkenaan perkara ini.

Malah, dia juga mahu kesemua akaun tersebut dipadamkan atau tindakan undang-undang akan diambil.

“Tolong jangan terpedaya. Saya tidak mempunyai sebarang akaun di Twitter dan Facebook yang menggunakan nama saya dan isteri.

“Saya cuma ada satu akaun page di Facebook manakala isteri pula tiada sebarang akaun Twitter dan Facebook,” katanya.

Jep turut memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu untuk membuang mana-mana akaun yang menggunakan namanya dan isteri sebelum tindakan diambil.

Dalam pada itu, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen dan memberitahu yang mereka sendiri telah mengikuti beberapa akaun Facebook dan Twitter kerana menyangkakan ianya adalah asli.

Antara yang memberitahu mereka tertipu dengan akaun palsu tersebut ialah pelawak, Achey dan pelakon, Roy Azman -SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button