Travel

Menara Kuantan 188 sasar 350,000 pelawat tahun ini

MENARA tertinggi kedua di Malaysia, Kuantan 188 mensasarkan untuk menerima 350,000 pelawat tahun ini.

Hospitaliti 360, sayap hospitaliti MAA Group Berhad dalam kenyataannya berkata, perasmian Kuantan 188, menara setinggi 188 meter yang menjadi nadi bandar Kuantan, Pahang serta menara kedua tertinggi di Malaysia pada 20 Februari 2022.

Kuantan 188 adalah sebuah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) secara berkolaborasi dengan Kerajaan Pahang.

Kuantan 188 adalah sebahagian daripada siri pembangunan bagi menambah baik tebingan sungai Kuantan, sebuah aset utama dan warisan budaya yang akan meningkatkan tarikan pelancong ke bandar tersebut.

Majlis itu juga menyaksikan Kuantan 188 melancarkan logo baharu dan menerima sijil sebagai ahli rasmi World Federation of Great Towers.

“Rakyat Malaysia dan penduduk Pahang cukup bertuah kerana memiliki menara kedua tertinggi di negara kita dengan pemandangan yang memukaukan. Saya percaya bahawa pelancaran hari ini akan memberi suntikan dan nafas baharu kepada pengurusan Kuantan 188 untuk membangunkan seterusnya menara ini ke mata dunia, terutama di dalam menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat Kuantan 188 dan Pahang,” kata Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Santhara J.P.

Dr Santhara J.P, Mohd Sharkar dan Nares Mohan sempena perasmian Menara Kuantan 188

Acara itu diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar, dan Presiden dan CEO Kumpulan Hospitality 360, Dato’ Indera Omar Naresh Mohan.

Penduduk tempatan dan pelancong kini boleh Membeli tiket secara dalam talian di laman web rasmi Kuantan 188, platform teknologi AI pelancongan Go Tifi dan juga di menara itu untuk melawat menara ikonik yang satu-satunya mempunyai pemandangan 360 darjah bandar Kuantan.

Mereka boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan sungai Kuantan, sementara yang mahu merasai keseronokan menyirap darah boleh mencuba aktiviti seperti ‘Sky Walk’, ‘Drop Zone’ dan ‘Anthena Climb’ sama seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101.

“Pelancaran Ini seiring dengan pengambilalihan operasi menara ini pada 1 Januari 2022. Kami menyasarkan untuk menjadikan Kuantan 188 sebuah had destinasi pelancongan moden di Pajang dan Pantai Timur dengan melancarkan siri-siri aktiviti di sini pada bulan-bulan mendatang,” kata Naresh Mohan.

Para pelawat boleh melawat menara itu dari 10 pagi hingga 10 malam pada hari biasa atau 10 pagi hingga 12 tengah malam pada hujung minggu dengan tiket bermula dari RM15 untuk orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak melawat tingkat pemerhatian; RM28 bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak bagi melawat Skydeck; dan RM38 bagi dewasa dan RM18 kanak-kanak melawat kedua-dua tingkat pemerhatian dan Skydeck. -SM

(Visited 649 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button