Nasional

Bekalan air di 13 kawasan di KL mula disalurkan secara berperingkat

KERJA-KERJA kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) telah siap dilaksanakan pada 12.30 tengah malam tadi dan bekalan air mula disalurkan secara berperingkat mulai pukul 4.30 pagi tadi.

Ia membabitkanm pengguna di 13 kawasan terjejas di sini setelah paras kolam air agihan distabilkan dan kualiti air mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bekalan air dijangka akan pulih pada 12.30 pagi, esok. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu. Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki ke kawasan terjejas.

Kawasan yang sebelum ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Pandan Mewah dan Taman Mestika.


(Visited 9 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button