fbpx
Luar Negara

Letupan paling kuat selepas perang saudara, meletus di Beirut

LETUPAN besar berlaku di gudang pelabuhan berhampiran sebuah pelabuhan di Beirut awal petang semalam waktu tempatan yang membunuh 78 orang, mencederakan hampir 4,000 orang.

Visual yang dikongsi di media sosial menunjukkan letusan berkenaan mengeluarkan gelombang kejutan yang menghancurkan tingkap, memecahkan batu dan menggegarkan tanah di ibu negara Lubnan tersebut.

Rakaman letupan yang dikongsi oleh penduduk tempatan di media sosial menunjukkan asap naik menjulang dari pelabuhan diikuti dengan letupan besar, yang memancarkan awan putih dan bola api ke langit.

Mereka yang merakam kejadian itu dari bangunan sejauh 2 kilometer dari pelabuhan turut tercampak ke belakang akibat kejutan kuat yang dicetuskan oleh gelombang letupan.

Ia adalah letupan paling kuat melanda Beirut yang sebelum ini menyaksikan peperangan saudara di negara tersebut pada 1975 hingga 1990.


Letupan itu begitu besar sehingga beberapa penduduk di bandar tersebut menyangka gempa bumi telah melanda.

Beberapa jam selepas letupan api masih kelihatan menyala di daerah pelabuhan dengan cahaya oren di langit yang menerangi waktu malam dengan bunyi helikopter berlegar di udara dan siren ambulans terdengar di seluruh ibu kota.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian akan meningkat lebih tinggi kerana kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dengan menggali runtuhan bangunan untuk menyelamatkan mereka yang masih hidup dan  mengeluarkan mangsa-mangsa yang terkorban.

Presiden Lebonan, Michel Aoun mendakwa bahawa 2,750 tan ammonium nitrat telah disimpan selama enam tahun di pelabuhan itu tanpa langkah keselamatan dan menganggap kelalaian tersebut sebagai “tidak dapat diterima”.

Dia meminta mesyuarat kabinet tergempar pada hari Rabu dan mahu mengisytiharkan darurat selama dua minggu harus diisytiharkan.

“Apa yang kita saksikan adalah malapetaka besar,” kata

Sementara itu Ketua Palang Merah Lubnan George Kettani berkata, kejadian tersebut adalah satu malapetaka besar dengan mangsa dan korban bergelimpangan.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button