Rencah Hidup

Beginilah sumber air kita dicemari

MUNGKIN juga masyarakat di Lembah Kelang berasa sakit hati kerana bekalan air seriang kali terganggu akibat pencemaran oleh manusia.

Dan sudah pasti yang menjadi sasaran dan mangsa kemarahan setiap kali bekalan air terputus di Lembah Kelang sudah tentulah syarikat Air Selangor Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk mencemarkan sumber air bukanlah sukar. Seseorang hanya perlu mencampakan dan membuang segala sampah sarap, bahan kimia ke dalam air sungai.

Kini golongan yang tidak mempunyai kesedaran sivik ini semakin berani bertindak mencemarkan sungai yang menjadi sumber bekalan air kepada penduduk.

Mereka tidak lagi melakukannya secara sembunyi-sembunyi sebaliknya tanpa segan silu melakukannya secara terbuka dan pada waktu siang hari.

Aksi dua lelaki yang mencemarkan sebatang sungai di Selangor berjaya dirakam dari sebuah kondominium di Puchong. Foto-foto itu kemudian dikongsi oleh seorang pengguna media sosial Brandon Chee.

Lelaki-lelaki tersebut memberhentikan kenderaan mereka di atas jambatan yang merentangi sebuah sungai berhampiran Kondominium Andana.

Mereka kemudiannya mencampakkan segala bahan buangan yang dibawa di atas trak yang dinaiki ke dalam sungai tersebut.

“Gambar ini diambil oleh seorang rakan dari kondonya, agak jauh. Lelaki-lelaki yang bodoh dan tidak bertanggungjawab membuat keputusan untuk membuang sampah mereka ke sungai ini berhampiran Kondominium Andana di Puchong.

“Sukar untuk tidak marah dengan kelakuan mereka saya berkongsi perkara ini untuk memberi kesedaran dan ingin memberitahu bahawa kita tidak boleh melakukan perkara ini. Kerosakan yang dilakukan begitu besar bagi persekitaran kita dan seterusnya mempengaruhi kitaran kehidupan kita,” jelas Brandon.

Terdapat sembilan keping gambar yang dikongsi Brandon. Merakam setiap detik sikap tidak bertanggungjawab kedua-dua lelaki itu yang boleh membawa bencana kepada alam semula jadi dan sumber air.

Persoalannya bagaimana kita sebagai masyarakat mahu mendidik segelintir manusia yang tidak mempunyai kesedaran sivik seperti ini?

Tidakkah mereka sedar perbuatan mereka boleh mendatangkan bencana ke atas alam sekitar dan ke atas manusia yang kesannya akan diturut dirasai bukan sahaja oleh mereka tetapi juga kaum keluarga mereka?-SM

 

 

 

 

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button