Rencah Hidup

Beginikah perangai ahli-ahli Dewan Rakyat, terjerit-jerit macam tak bermaruah!

SEKARANG ini atau mungkin sejak kebelakangan ini, Ahli Parlimen Seputeh terkenal dengan kelantangan suara pelat-pelat ‘merdunya’ bikin kecoh dalam Dewan Rakyat.

Hari ini, Teresa Kok meneruskan kelantanganya walaupun isu yang diperkatakan oleh Menteri berkenaan, tidak ada kena mengena dengan kementerian atau agensi berkaitan secara langsung dengan beliau.

“Ini penyalahgunaan kuasa Yang Berhormat. Memang ini menteri tak buat betul.. Kalau pegawai tak jalan … (kata-kata Teresa dimatikan dengan mikrofon di’mute’.

Tetap tidak berpuas hati, Teresa terus bercakap .. dan kali ini beliau dikatakan tidak faham undang-undang.

Terus Menteri Komoditi menamatkan penggulungannya.

Begitulah senario dalam Dewan Rakyat hari ini apabila ahli-ahlinya membuat penggulungan sebelum Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendapat sokongan ahli-ahli dewan atau ditolak.

Sebelum undian dibuat, Menteri Kewangan akan membuat penggulungan dan untuk kesekian kalinya, Dewan Rakyat menjadi kecoh dengan sikap YB-YB yang ingin mencelah untuk bertanya soalan.

Ada juga YB yang mengambil kesempatan, berbahas pula!

Ahli Parlimen Muar yang di saat-saat akhir, berdiri dan meminta untuk mencelah ketika Tengku Zafrul diarahkan oleh Speaker dewan untuk membuat penggulungan, tidak diberikan kesempatan untuk mencelah.

Menyaksikan tingkah laku ahli-ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat hari ini amat memalukan dan memualkan. Mereka tidak mencerminkan kredibiliti sebagai seorang Ahli Parlimen yang boleh dihormati oleh masyarakat.

Perangai ahli-ahli Parlimen hari ini umpama pemain-pemain sarkis kampungan. Tidak ada rasa hormat apabila Menteri atau rakan-rakan berdiri untuk bercakap dan menyatakan apa yang perlu diberikan pencerahan.

Sekalipun mahu bertanya soalan, bukanlah seperti pelajar sekolah rendah. Rasanya pelajar peringkat sekolah rendah pun tahu adab sopan bertanya soalan.

Benar seperti yang dijeritkan oleh salah seorang ahli dewan tadi, “Biar rakyat tengok. Memalukan!”

Memetik kata-kata speaker antara lainnya berkata, “Ini kelakuan yang memalukan. Kita sedang membahaskan bajet. Rakyat nampak semua.” – SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button