Ekonomi

Bank Rakyat, UiTM jalin kerjasama perkasa graduan ke arah keusahawanan

BANK RAKYAT dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di bawah inisiatif ‘Graduate Mentoring Program’ sebagai usaha untuk memperkasa graduan ke arah keusahawanan.

Menerusi peruntukan dana keseluruhan berjumlah RM50 juta, program ini menyediakan kemudahan modal perniagaan menerusi pembiayaan perniagaan Bank Rakyat sehingga RM100,000; modul latihan merangkumi kursus keusahawanan, pengurusan perniagaan dan strategi pemasaran serta program latihan inklusif secara ‘hands-on’ bersama syarikat vendor terpilih selama tiga hingga enam bulan.

Dalam ucapannya semasa majlis tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, “Bank Rakyat sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah membangunkan pelbagai program pemerkasaan usahawan yang menyeluruh bagi memastikan setiap golongan usahawan mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Justeru, beliau berkata Bank Rakyat amat mengalu-alukan dan menghargai komitmen yang diberikan oleh UiTM sebagai rakan kerjasama strategik Bank Rakyat di bawah inisiatif ini yang bertujuan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan kompetitif.

Tambah Ahmad Shahril, usaha ini merupakan manifestasi Bank Rakyat dalam mendukung objektif Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2030) yang mana sejajar dengan aspirasi Bank Rakyat dalam memacu pembangunan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang digariskan di bawah pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25).

“Di samping itu, sebagai salah satu Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) negara yang bertanggungjawab dalam membangunkan sektor utama negara termasuk sektor PMKS, Bank Rakyat melihat inisiatif bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini juga dapat membantu Kerajaan menangani isu kebolehpasaran graduan dengan memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya.” ujar beliau.

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perluas kemudahan kewangan berteraskan kelestarian

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button