Nasional
Trending

Bazar Ramadan ditutup, tapi Bazar Ramadan Online sudah buka

HAMPIR semua negeri sudah memutuskan tidak akan membuka bazar Ramadan pada tahun ini ekoran penularan wabak Covid-19.

Negeri yang sudah sah membatalkannya setakat ini ialah Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Ada yang khuatir pembatalannya akan menjejaskan para peniaga kecil dan menyusahkan mereka yang bekerja untuk mendapatkan juadah berbuka.

Tapi bagi para peniaga ada yang menyambut baik perkara ini kerana penutupan itu demi kebaikan rakyat keseluruhan. Dan ia penting untuk memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

Bayangkan apabila orang ramai berpusu-pusu dan berasak-asak di bazar Ramadan.

Tapi jangan bimbang, terutama  untuk golongan bujang dan mereka yang malas memasak. Untuk Ramadan kali mereka boleh mendapatkan juadah secara online.

Bagi para peniaga tegar, mereka sudah pun mewujudkan beberapa grup Facebook untuk pelaksanaan bazaar ramadan dalam talian.

Di Selangor terutamanya setiap kawasan yang menjadi tumpuan sebelum ini sudah ada grup Facebook yang menjual juadah Ramadan secara dalam talian.

Berbaki lagi kira-kira dua minggu sebelum umat Islam mula berpuasa, bazar-bazar Ramadan online ini sudah pun dibuka.

Kami senaraikan di sini grup Facebook yang bakal menjual juadah secara dalam talian.

Demi keselamatan pada tahun ini orang ramai hanya perlu membuat pilihan juadah mereka secara online sahaja.

Pelbagai jenis makanan ditawarkan dan pastinya penghantaran akan dibuat segera menepati masa untuk berbuka.

Sebab itu, bazar Ramadan online ini dibuat mengikut kawasan-kawasan tertentu bagi memudahkan penghantaran dan memastikan makana itu masih segar ketika sampai ke tangan pembeli.  – SM

(Visited 1,305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button