Nasional

PM gesa rakyat Malaysia mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka dalam sistem Padu

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Pusat (Padu) negara bagi menangani ketirisan dalam peruntukan perbelanjaan dan subsidi kerajaan.

Dalam catatan Facebook, beliau berkata Padu ditubuhkan untuk memastikan hanya individu yang layak akan mendapat manfaat daripada subsidi dan lain-lain bentuk bantuan kerajaan.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM22 bilion untuk membantu golongan memerlukan, dana ini tidak sampai kepada golongan yang disasarkan kerana pelbagai ketirisan.

“Malah subsidi RM80 bilion, untuk golongan miskin, dinikmati oleh 3.5 juta warga asing dan golongan kaya raya. Kemiskinan tegar tidak seharusnya berterusan di negara ini jika perbelanjaan RM22 bilion dan subsidi RM80 bilion ditujukan untuk golongan miskin dan memerlukan.

“Justeru, saya komited untuk menghentikan kebocoran dana kerajaan dan menghalang hak orang miskin daripada direbut oleh golongan berada dan berkemampuan,” katanya sambil menggalakkan rakyat Malaysia mendaftarkan akaun Padu mereka.

Tambah Anwar, setiap individu berumur 18 tahun perlu mengemaskini maklumat mereka di Padu.

Rakyat Malaysia mempunyai masa sehingga 31 Mac tahun ini untuk mengemas kini dan mengesahkan maklumat mereka dengan Padu melalui Padu https://padu.gov.my/.

Individu yang gagal berbuat demikian berisiko dikecualikan daripada menerima subsidi yang disasarkan kerana ia akan berdasarkan data terkini di Padu. -SM

Baca : MPP UPSI serah buku laporan kepada PMX sambut agenda pemerkasaan mahasiswa KPT

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button