Nasional

Bazaar Ramadan Edge UPSI didik mahasiswa ilmu keusahawanan

MENYEDARI kepentingan pengurusan perniagaan secara praktikal, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan 22 unit tapak perniagaan bazar Ramadan yang dilengkapi kanopi, meja dan alatan lain untuk mahasiswa pusat pengajian tersebut menjalankan operasi bermula 23 Mac lalu sehingga 17 April ini.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, program yang mendapat kerjasama Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu melibatkan sebanyak 19 unit perniagaan yang diusahakan sendiri oleh pelajar yang dikenali sebagai ‘UPSIPRENEUR’ .

Bazar Ramadan UPSI dibanjiri para pengunjung terdiri daripada para mahasiswa dan komuniti sekitar Muallim.

“Bazaar Ramadan UPSI 2023 yang terletak di kawasan parkir kenderaan di hadapan Masjid Al-Mursyiddin, Kampus Sultan Azlan Shah itu memberikan peluang kepada Mahasiswa UPSI menjalankan perniagaan dan menjual juadah berbuka puasa di dalam kampus,” katanya.

“Selain mempraktikkan ilmu keusahawanan menerusi pengurusan masa, pengurusan kos dan risiko perniagaan, para Upsipreneur turut berhadapan dengan ragam dan kerenah pelanggan sekaligus memberi pendedahan awal dalam bidang keusahawanan sebelum mereka bergelar graduan kelak,” jelasnya.

Md Amin (tengah) bersama sebahagian para pengunjung Bazar Ramadan UPSI.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Norkhalid Salimin berkata terdapat lebih daripada 50 jenis menu dengan pelbagai pilihan yang popular ketika musim ramadan disediakan sendiri oleh pelajar antaranya nasi campur, nasi kerabu, roti john, murtabak, aneka mi seperti ramen, laksa, mi celup, sate, makanan ringan seperti corndog, donat serta pelbagai jenis air balang yang lazat dijual dengan harga yang berpatutan.

“Kepelbagaian pilihan menu yang disediakan bukan saja mendapat kunjungan pelajar di kampus, malah komuniti sekitar Muallim turut hadir memberi sokongan sekaligus menggalakkan jaringan penduduk sekitar dengan warga universiti sebagai pusat komuniti,” jelasnya lanjut. -SM

BACA JUGA : Program ‘Bersama Komuniti PPR’ meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mental

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button