Nasional

Bayi maut jatuh katil di rumah pengasuh

SEORANG bayi berusia 14 bulan, maut dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhkan di Paka, Dungun.

Bayi itu mengalami mengalami pendarahan dan retak kepala meninggal dunia malam tadi Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ Kuala Terengganu kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

“Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (Ct Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di belakang kepala.

“Hasil soal siasat, pengasuh wanita berusia 24 tahun memaklumkan mangsa terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepalanya terhentak di lantai ketika bermain.

“Pada mulanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi kini kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. Kita akan menahan suspek untuk siasatan lanjut,” kata seperti yang dipetik dari BH Online.

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button