Jenayah

Bayi bernyawa dibalut dengan plastik, dibuang dalam longkang

SEORANG bayi perempuan yang masih bernyawa dibuang ke dalam longkang di Jalan Kebung, Kampung Solok, Tangkah Johor.
Bayi malang itu yang masih bertali ditemui oleh penduduk kampung semalam selepas mendengar bunyi tangisan bayi yang dipercayai baru sahaja dilahirkan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat, pihaknya menerima panggilan telefon lebih kurang jam 6.18 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak memaklumkan penemuan bayi tersebut yang dibalut dengan plastik berwarna oren.
“Menurut lelaki tersebut, semasa berada di rumah dengan jarak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian, dia dimaklumkan oleh anaknya yang baru pulang dari kelas dan terdengar ada bunyi bayi menangis di dalam longkang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, penduduk yang menemukan bayi seberat 2.6 kilogram itu bertindak mengangkat bayi berkenaan dari dalam longkang dan membuang plastik oren yang digunakan untuk membalut bayi tersebut.
Penduduk tersebut kemudiannya mengunakan kain bersih untuk menyelimut bayi yang kesejukan itu sebelum menghubungi pihak polis..
“Selepas kejadian itu, saksi berkenaan terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. Pegawai perubatan yang hadir telah mengesahkan bayi tersebut sihat dan berada dalam keadaan baik,” katanya.
Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Tangkak untuk pemerhatian sepenuhnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-522 0525 atau 06-978 1222.-SM
(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button