Negeri

Bayi antara 31 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Masjid Tasek Junjong

Banjir di Bukit Mertajam, P. Pinang

SELEPAS beberapa kawasan dan daerah di Johor dilanda banjir ekoran hujan lebat beberapa minggu yang lalu, kini daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pula mengalami banjir.

Sebanyak 31 penduduk di kawasan Tasek Junjong terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana rumah mereka dinaiki air.

Hujan lebat beberapa jam di kawasan berkenana petang semalam menyebabkan penduduk dipindahkan ke PPS Masjid Tasek Junjong, malam tadi, sebelum keadaan banjir menjadi semakin buruk.

Sudah menjadi satu kelaziman di negara kita apabila negeri-negeri di Semenanjung menghadapi masalah banjir, termasuk banjir kilat.

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh agensi-agensi dan pihak berkenaan termasuk Jabatan Pengaliran dan Saliran suatu ketika dahulu namun penduduk masih terus dibelenggu dengan masalah banjir.

Tidak pernah dipersoalkan mengapa kerana jawapannya ialah banjir adalah kategori bencana alam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, kesemua penduduk yang dipindahkan adalah daripada 18 keluarga.

Kata Phee Boon, mereka yang terjejas akibat banjir mula dipindahkan ke PPS Masjid Tasek Junjong bermula pada pukul 10 malam tadi selepas air memasuki rumah sehingga mencecah paras 0.5 meter.

“Hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang terutama di Tasek Junjong sejak pukul 5 petang semalam berlarutan sehingga malam  menyebabkan 18 rumah yang terletak berhampiran sungai di situ telah dinaiki air.

“Penduduk yang terlibat mula dipindahkan ke kawasan PPS bermula pukul 10 malam tadi selepas air banjir yang memasuki rumah mereka, tidak surut dan berbahaya kepada mereka,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya lagi, semua mangsa banjir termasuk seorang bayi perempuan berada dalam keadaan sihat.

Pada ketika ini cuaca mendung dan kadang kala hujan renyai-renyai. – SUMBER BERNAMA SM

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button