Nasional

Bayarlah pampasan, walaupun nak tutup – Daim

TOKOH konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin melahirkan simpati kepada nasib bekas pekerja Utusan Melayu (Utusan) yang masih menunggu pampasan dari bekas majikan mereka walaupun syarikat itu telah tiga tahun ditutup.

Dalam pertemuan selama 45 minit idengan lima bekas pekerja Utusan Melayu di pejabatnya di Menara Ilham, Kuala Lumpur hari ini, Tun Daim menyatakan sokongan kepada perjuangan bekas kakitangan Utusan yang teraniaya.

“Kalau nak tutup syarikat tutup la, bayar lah apa yang patut kepada pekerja,” katanya yang banyak memberi semangat dan nasihat mengenai tindakan yang boleh diambil dalam perjuangan bekas pekerja Utusan menuntur hak.

Tun Daim yang memanggil pertemuan itu menasihatkan agar kumpulan gerakan perjuangan menuntut hak itu meminta ehsan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk masuk campur kerana diyakini boleh membantu bekas pekerja Utusan.

“Penutupan Utusan sememangnya satu peristiwa menyedihkan kerana ia merupakan satu entiti yang melambangkan perjuangan orang-orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka,” katanya.

Ahad ini genap syarikat Utusan Melayu ditutup selama tiga tahun dengan kaedah penggulungan sukarela, bagaimanapun tiada sebarang pampasan diberikan kepada kira-kira 1,500 bekas pekerja dan pengambil skim pemberhentian sukarela (VSS).

Sabtu lepas, seramai 300 orang bekas kakitangan Utusan mengadakan perjumpaan semula sempena memperingati ‘kematian’ syarikat akhbar Melayu tertua itu di hadapan bekas bangunan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Perjumpaan yang diadakan sempena memperingati ulang tahun ketiga penutupan Utusan itu mencatat sejarahnya tersendiri kerana dihadiri oleh wakil semua bekas pekerja tanpa mengira status dan kali pertama pernah diadakan.

(Visited 976 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button