Politik

Kita tengok khalayak, jawab Anwar terhadap gelaran sesumpah

“(Khalayak) itu bagi saya penting. Kita tengok khalayak.”

Itu jawapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kritikan yang diterima beliau berikutan menyampaikan ucapan yang berbeza pada khalayak atau hadirin yang berbeza.

Tegas Anwar, walaupun dia menyampaikan ucapan yang berbeza namun mesej yang disampaikannya tetap sama iaitu kasih sayang.

“Kita tengok khalayak. Tapi apa yang tak berubah, kita tak bohong. Kita petik Quran, kita cakap tentang keadilan. Kita petik Shakepeare di bandar, kita cakap tentang keadilan.

“Ketika kita bercakap dengan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut, kita cakap soal keadilan dan kasih sayang,” katanya.

Jelas Anwar, khalayak cukup penting kepadanya kerana setiap hadirin adalah berbeza pada satu-satu tempat.

“(Khalayak) itu bagi saya penting. Kita tengok khalayak. Ada orang kritik kata Anwar sekerjap baca al-Quran, sekejap petik Shakespeare, sekejap pergi menari tarian masyarakat India atau sampaikan tazkirah.

“Dia tak faham. Takkan saya pergi kampung bagi tazkirah di masjid quote Shakespeare, Winstons Churchill atau Abraham Lincoln?,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi taklimat kepada ahli PKR di Kota Kinabalu pagi ini mengenai komunikasi berkesan menjelang pilihan raya Sabah hujung bulan ini.-SM

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button