Hiburan

Bekas ‘kekasih’ Datuk Seri Vida, Iqbal nak “cuba” Inspektor Shiela

LELAKI oportunis! Belum dapat atau hidup di bawah satu bumbung, mudah sahaja bagi bekas kekasih Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, “lagi garang, lagi saya suka.” Dalam erti kata lain, dia nak “cuba” mengorat Inspektor Shiela.

Dulu dengan DSV, apa yang tak kena dengan hubungan Iqbal dan wanita kontroversi itu? Tak cukup lantang? Tak cukup garang? Atau Iqbal sendiri yang tidak cukup matang.

Hidup berumah tangga bukan satu cubaan atau disebabkan glamer kerana nama Inspektor Shiela Sharon yang menjadi bahan paparan media tempatan disebabkan oleh video-video tular biadapnya itu, sebenarnya memalitkan tahi kepada pasukan beruniform atau pasukan polis.

Iqbal melihat dari sisi lain. Ya, itu hak dia tetapi tergamakkah dia nak memperisterikan seorang perempuan yang tidak tahu menghormati orang lain dan tidak tahu batas-batasnya sebagai seorang manusia? Bukan kerana pangkat, bukan kerana darjat tetapi kemanusiaan dalam diri itulah yang membezakan seorang manusia dengan haiwan.

Iqbal pula memaparkan secara terang-terangan bahawa dia lelaki yang “desparate”, terdesak dan “bijak” mengambil kesempatan di atas ‘glamer’ buruk yang dicipta oleh wanita yang rata-rata dipandang sebagai seorang yang sombong dan bongkak.

Apapun pandangan peribadi Iqbal terhadap Shiela Sharon seperti dia percaya di sebalik sifat garang, ada ciri-ciri kewanitaan, ia mencerminkan sebaliknya.

Mudah sangat ya hati Iqbal tertarik kepada ‘stranger’ yang ‘femes’ di media sosial dan kalau bukan jodoh, bodoh namanya andai kata berkahwin atas dasar mahu mengisi kekosongan hidup.

“Sedih” dengan keadaan hidup Iqbal ini yang mencari peluang dan ruang untuk bertempek kepada individu lain kerana mahukan perhatian.

Sekarang nama Iqbal dipetik oleh media dan selepas ini, apa sahaja produk atau bisnes yang dia buat, adalah sales atau jualan!

Memang benar pepatah Melayu ada berkata, tak kenal maka tak cinta…. Tetapi kalau dah kenal, hiduplah umpama dalam neraka! – SM

BACA Apa kena ‘Inspektor Shiela’ buat hal lagi?

BACA Akhirnya… “Inspektor Shiela” digantung tugas!

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button