Rencah Hidup

Batalkan hasrat untuk beriadah, kutip sampah yang ditinggalkan

TERPAKSA batalkan niat untuk beriadah kerana ternampak longgokkan sampah sarap, itu lah yang terjadi kepada seorang juruteknik yang tidak jadi beriadah sambil mendaki di Kawasan Air Terjun Janda Mandi di Bukit Kijal, pada Khamis lalu.

Muhamad Hafizi Tajudin, 27 bersama rakanya, Nuralia Faziera Mohamad, 27 memutuskan untuk mengutip sampah yang ditinggalkan di sepanjang laluan pendakian dan membawa turun ke tempat pembuang sampah.

Menurut Hafizi, pada mulanya mereka hanya kutip satu botol minuman sahaja sebelum terjumpa longgokan sampah di dalam plastik hitam.

Tambahnya, dia mengambil masa sehingga 40 minit untuk membawa turun sampah seberat 10 kilogram kerana perlu melalui laluan yang berbukit dan curam sejauh 1 kilometer (km).

Walaupun penat, Hafizi berasa puas kerana dapat membersihkan tempat tersebut.

“Antara sampah yang ditemui termasuklah botol-botol minuman, bungkusan makanan dan pelitup muka.

“Sampah sarap ini jika tidak terus dibuang lama kelamaan semakin bertambah dan akan mencemarkan alam sekitar,” katanya.

Hafizi turut memuat naik aktiviti mengutip sampah menerusi aplikasi TikTok dan video tersebut telah dikongsi oleh Facebook Discovery Terengganu sehingga mendapat 1.6 juta tontonan, 73,000 tanda suka serta 7,800 perkongsian setakat Ahad. -SM

 

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button