Politik

Batal WBB: Petunjuk tadbir urus yang teruk

KERAJAAN sekali lagi menunjukkan tadbir urus yang teruk atau ‘bad governance’ apabila dengan tidak semena-mena membatalkan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk doktor.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, sepatutnya Kementerian Kesihatan melakukan kajian terperinci serta pandangan dari semua pemegang taruh dalam sektor kesihatan terutama petugas kesihatan yang lebih faham keadaan di lapangan sebelum keputusan dimuktamadkan.

Katanya,  jawatankuasa khas sepatutnya ditubuhkan lebih bukan baharu hendak diutubuhkan.

“Menariknya, kementerian baru hendak menubuhkan jawatankuasa khas yang akan berperanan mengkaji berkaitan penjadualan waktu kerja ini. Bukankah jawatankuasa ini sepatutnya dibuat lebih awal?

“Timbul persoalan besar, dari siapa pihak menteri perolehi pandangan sebelum ini, dan siapakah 10 orang pakar yang sebelum ini pihak menteri guna pakai cadangan mereka untuk perlaksanaan WBB ini,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Mohd Yadzil berkata, kerajaan sekali lagi menunjukkan ‘bad governance’ dalam membuat keputusan iaitu umumkan dahulu, tetapi fikir kemudian.

“Akhirnya Menteri Madani akur untuk membatalkan cadangan untuk melaksanakan WBB (Waktu Bekerja Berlainan) setelah diasak oleh petugas Kesihatan.

“Sudah masuk tahun ketiga kerajaan campuran ini mentadbir Malaysia tapi masih ditakuk yang lama. Tidak kompeten. Ada banyak lagi isu utama dalam sektor kesihatan yang perlu pihak kerajaan ambil perhatian untuk penambahbaikkan sistem kesihatan,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua petugas kesihatan dan semua terbabit termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan CUEPACS yang bersatu dalam memperjuangkan nasib petugas kesihatan.

“Hanya doktor yang faham kerja doktor,” tegasnya.

Sebelum ini, media melaporkan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa KKM supaya menarik balik pekeliling cadangan pelaksanaan WBB, iaitu sistem syif baharu untuk pekerja penjagaan kesihatan awam negara.

HDK dipetik menegaskan, pekeliling WBB harus ditarik balik serta-merta bagi mengelak kemerosotan moral dan kebajikan petugas kesihatan.

Selain itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan WBB yang didakwa akan memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja sedia ada serta menyebabkan doktor dibebani tugas berlebihan, sekali gus menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

Semalam, Menteri kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan pembatalan projek perintis WBB bagi memberi laluan kepada kajian lebih menyeluruh. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button