fbpx
Nasional

Batal pas jika warga asing enggan bayar kos kuarantin

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran akan membatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang yang dimiliki oleh warga asing sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, keengganan mereka ini disifatkan telah menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

“Bermula 24 Julai lalu, kerajaan telah mewajibkan semua rakyat tempatan yang pulang ke negara ini dan warganegara asing yang diberi kebenaran masuk, dikuarantin selama 14 hari.

“Bagi warganegara asing, mereka dikehendaki menanggung sepenuhnya kos kuarantin berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> 13 jemaah tabligh tiba di tanah air, 74 lagi masih di India

Menurut Khairul Dzaimee, pihaknya memberi amaran akan membatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang yang dimiliki oleh warga asing berkenaan sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin tersebut.


Jelasnya, antara jenis pas yang terlibat ialah Pas Suami atau Isteri kepada warganegara, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Penggajian (ekspatriat), Pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan lain- lain kategori.

“Kita juga menasihatkan supaya semua warganegara asing dan rakyat tempatan mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman-pengumuman terkini dari agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19,” jelasnya.

BACA> Sabah bukan di Malaysia – Setiausaha kerajaan Filipina

Tambahnya, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar arahan atau gagal mematuhi Standard Operation Prosedure (SOP) yang telah ditetapkan. -SM

 

Show More

Related Articles

Back to top button