Nasional

SPRM Kedah sila siasat Musang King ditanam di Gunung Inas – PUTRA

PENGERUSI Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus  bertindak pantas berjumpa dengan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Mustaffa Kamal Ahmad berhubung gambar yang tular di media sosial.

Pertemuan tersebut yang turut disertai Timbalan PUTRA Kedah, Datuk Fadzil Hanafi berkaitan gambaran sebuah syarikat sedang mengusahakan satu kawasan seluas 30,000 ekar di Gunung Inas di Baling, Kedah untuk tanaman durian jenis Musang King.

Penanaman ini, menurut Mustaffa, dikatakan terbesar di dunia.

“Sehubungan dengan itu, PUTRA memohon agar pihak SPRM menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat dan individu terlibat sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang dan peraturan berkaitan pemilikan tanah berkenaan terutama,” ujar beliau menerusi sepucuk surat yang dilampirkan kepada wartawan SUARA MERDEKA hari ini.

Menurut Mustaffa lagi, pelanggaran berkaitan pemilikan tanah berkenaan adalah dari sudut apakah status tanah tersebut milik kerajaan atau pun swasta.

“Apakah terdapat unsur-unsur rasuah dalam pemberian hak milik tanah tersebut.

“Apakah pemberian hak milik tanah tersebut kepada syarikat berkenaan mengikut prosedur yang betul dan apakah terdapat salah guna kuasa dalam proses pemberian hak milik tanah berkenaan,” soal Mustaffa.

Sehubungan itu, kata Mustaffa, SPRM dimohon agar menjalankan siasatan ke atas perkara tersebut dengan mengamalkan prinsip Telus, Amanah, Adil dan Bertanggungjawab. – SM

 

(Visited 834 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button