Nasional

Baru dua jam lakukan jenayah samun dah kena tangkap

SEORANG lelaki yang dipercayai menyamun dua wanita ditahan di sebuah rumah di Mantin, Negeri Sembilan kira-kira dua jam selepas melakukan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada dua mangsa yang disamun di sebuah kedai dobi layan diri di Bandar Puteri Bangi kira-kira pukul 6.27 petang semalam.

“Kejadian pertama berlaku melibatkan mangsa berusia 41 tahun yang baru selesai mencuci pakaian di dobi tersebut.

“Suspek didapati telah mengacukan pisau dan mangsa yang ketakutan telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM60 kepada suspek.

“Selang lima minit selepas itu, mangsa kedua berusia 30 tahun juga telah disamun di dobi bersebelahan dengan lokasi samun pertama.

“Suspek menggunakan kaedah ugutan yang sama dan merampas telefom bimbit mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Produa Kancil yang diletakkan berhampiran kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, suspek bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira dua jam selepas itu di sebuah rumah di Mantin, Negeri Sembilan.

Ujarnya, selain tangkapan, pihaknya juga berjaya merampas kereta dan pisau yang digunakan suspek semasa melakukan jenayah tersebut.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah, satu rekod jenayah serta satu rekod masih dikehendaki oleh pihak polis juga berkaitan dadah.

“Suspek kini telah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -SM

(Visited 483 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button