Auto TravelTeknologi

Cupra telah melancarkan model pertamanya, Born!

Born yang paling pantas berkuasa 228bhp, dilengkapi bateri terbesar dengan jarak jangkauan 539 kilometer

Bukan main-main, ni betul-betul Cupra Born versi pengeluaran dan bukan lagi versi konsep. Ia adalah kereta elektrik (EV) kompak (segmen C) oleh SEAT melalui sub-jenama Cupra yang berorientasikan prestasi.

Pertama kali ia dipamerkan sebagai konsep SEAT el-Born pada tahun 2019, akhirnya kereta produksi ini dilancarkan pada tahun ini sebagai Cupra Born. Born dibina berdasarkan pada platform MEB Kumpulan Volkswagen dan telah dihasilkan di kilang yang sama di Zwickau, Jerman, sebagai Volkswagen ID.3 yang berasaskan platform yang sama. Kereta ini dinamakan bersempena dengan sebuah Kawasan kejiranan di Barcelona, ​​Sepanyol.

Yang menariknaya Cupra Born ditawarkan dengan beberapa pilihan pek beteri yang berbeza mengikut kesesuaian yang diinginkan oleh bakal pembelinya.

Pilihan pertama, sejujurnya ia tidak berapa menarik melainkan anda memang ingin membeli kereta ini dan memandunya dalam jarak yang dekat sahaja, berbekalkan pek bateri 45kWh ia mampum menjangkau jarak sehingga 340km dengan menggunkan motor elektrik berkuasa 148bhp yang dipacu oleh roda belakang (semua model Borns hanya mempunyai motor tunggal, pancuan roda belakang) untuk 0-100kmj dalam masa 8.9 saat.

Pilihan kedua pula menawarkan kuasa nak jarak sedikit lebih baik dari pilihan pertama tadi. Versi pek bateri 58kWh mampu memberi jarak jangkauan 418km dengan dipacu oleh motor elektrik yang menghasilkan 201 bhp atau 228 bhp dengan dijana mengguna sistem e-Boost Cupra yang memberikan 27bhp tambahan. Versi yang kedua ini mampu mencapai 0-100kmj dalam masa 6.6 saat sahaja.

Versi ketiga pula mampu membekalkan kuasa 228bhp dengan fungsi e-Boostnya dan digabungkan dengan pek bateri 77kWh yang cukup besar untuk memberikan jarak jangkauan 539km yang mengagumkan berdasarkan sistem Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmonisasi Di Seluruh Dunia (WLTP). Bateri yang lebih besar juga membenarkan pengecasan 125kW yang lebih cepat dapat dibuat untuk tambahan jangkauan jarak 100 km dalam masa tujuh minit.

Seperti model ID.3, Born menggunakan suspensi depan strut MacPherson dan pemasangan multi-link di bahagian belakang, sementara peredam adaptif ditawarkan sebagai pilihan tambahan dan ia mampu merendahkan kereta sebanyak 50mm di bahagian depan dan 10mm di bahagian belakang. Terdapat empat mod pemanduan yang berbeza – Range, Comfort, Individual dan Cupra. Anda juga boleh menukar kawalan daya tarikan ke tetapan ESC Sport yang diselaraskan khas bagi membolehkan anda megalami pengalaman pemanduan yang lebih agresif dan menerujakan.

Manakala struktur aluminiumnya yang menempatkan bateri disambungkan ke platform MEB untuk meningkatkan ketegaran keseluruhan badan kereta tersebut, dan Cupra menyatakan bahawa model Born mempunyai pusat graviti rendah EV khas serta pengedaran berat 50:50 “hampir sempurna” dalam kelasnya.

Pada bahagian dalamannya pula, hampir setiap fungsi dikendalikan oleh skrin tengah 12-inci (atau melalui kawalan suara yang diaktifkan dengan “Hola, Hola” sederhana) dan paparan head-up augmented reality. Tempat duduk jenis bucket model ini pun menarik, sebagai standard ia dijahit dengan bebenang SEAQUAL yang dihasilkan dari plastik yang dikitar semula, sementara pilihan tambahan yang ditawarkan untuk ruangan dalaman juga adalah menggunakan bahan yang dinamakan Dinamica, iaitu sejenis bahan asas yang juga dikitar semula dan kebanyakkannya dihasilkan dari t-shirt lama serta botol plastik.

Apakah pendapat anda tentang model ini? Revolusi kenderaan elektrik dunia dilihat semakin rancak menghasilkan model baharu EV yang lebih menarik akhir-akhir ini. Diharap rakyat Malaysia dapat menerima menafaat dari dasar automotif negara baharu yang bakal diumumkan nanti dengan dapat menarik lebih banyak pemain industri EV dunia seperti Cupra ini ke Malaysia. – SM

 

Kredit: TopGear.Com

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button