PolitikPRK

Barisan Nasional mendahului di Tanjung Piai

Portal berita Malaysiakini melaporkan tidak rasmi Wee Jeck Seng dari Barisan Nasional mendahului dengan 263 undi berbanding calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini yang memperoleh 162 undi, setakat petang ini.

Seramai enam calon yang merebut kerusi itu, iaitu Karmaine Sardini (PH), Wee Jeck Seng (BN), Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), Wendy Subramaniam (Gerakan) dan dua calon bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Kempen bermula pada 2 November dan berjalan selama dua minggu.

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Md Farid Md Rafik dari Bersatu, akibat serangan jantung pada 21 September lalu.

Pada PRU lalu, Allahyarham Md Farid menang tipis dengan majoriti 524 undi. Beliau mendapat 21,255 undi manakala Wee 20,731 undi. Nordin Othman yang bertanding menggunakan tiket PAS meraih 2,962 undi.

PAS tidak bertanding dalam PRK ini dan menyokong BN.

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button