Bola SepakSukan

Barcelona tolak bermain di kawasan neutral

JURULATIH Barcelona, Quique Setien mengakui tidak adil buat mereka untuk bermain di stadium neutral bagi perlawanan Champions League seterusnya menentang Napoli.

Jelas Setien, mereka sudah bertemu dengan Napoli di gelanggang mereka jadi Barcelona juga sepatutnya bermain di stadium sendiri.

“Belum ada keputusan rasmi dari Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan kita akan tunggu keputusannya dahulu.

“Namun jika keputusan diambil untuk mengelak berlakunya penularan Covid-19, kami akan terima,” katanya seperti dilaporkan Football-Italia.

Liga-liga di Eropah kebanyakannya sudah dibenarkan menyambung semula perlawanan yang tertangguh ekoran Covid-19.

Namun, belum ada keputusan rasmi sama ada Liga Juara-Juara akan diteruskan atau tidak.

Malah, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa baki 16 perlawanan akan dilakukam di Estadio Da Luz, Lisbon, Portugal untuk mencegah penyebaran virus corona.

Setakat ini ada empat lagi perlawanan yang ditangguhkan iaitu Manchester City vs Real Madrid, Bayern Munich vs Chelsea, Juventus vs Lyon, serta Barcelona vs Napoli. – SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button