NegeriRencah Hidup

Raja Perlis raikan Sultan Kedah pada santapan petang

Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Sultan Sallehuddin berkenan berbual dalam pertemuan jamuan santapan petang di Kangar, petang semalam.

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan meraikan Sultan Kedah, Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam satu jamuan santapan petang di Kangar, petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Tuanku Tengku Fauziah dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berbual dengan Sultanah Maliha pada pertemuan sempena jamuan santapan petang di Kangar, petang semalam.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Kedah, disambut oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan mengurnia cendera kenangankepada Sultanah Maliha sambil diperhati Tuanku Dr Hajah Lailaltul Shahreen pada pertemuan sempena jamuan santapan petang di Kangar, petang semalam.

Hadir sama adalah cucunda-cucunda Raja dan Raja Perempuan iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Puteri Nurlin Syazwani Datuk Paduka Mohammad Yaacob. – SM

BACA Raja Perlis terima mengadap Rektor FTU Thailand, Ismail Lutfi

BACA Raja Perlis berkenan sembah mengadap Ketua Polis Negara

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button