Jenayah

Barangan ciplak tapi jual harga original

BEROPERASI sejak Mei lalu, sebuah premis di pusat beli-belah di Damansara, Selangor akhirnya diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor kerana menjual barangan tiruan.

Malah, kesemua barangan dijual dengan harga asli dan alasan yang digunakan ialah produk tersebut sudah dibuang oleh kilang kerana berlaku beberapa kecacatan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi dilakukan bermula pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan itu, sejumlah 335 pakaian berupa baju, seluar dan kasut berjenama terkenal Adidas yang disyaki tiruan telah disita dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 23, 680.00.

“Barangan tersebut kita percaya diambil dari negara jiran dan premis menjual dengan memaklumkan kepada pelanggan bahawa barangan tersebut adalah tulen dan barangan terbuang (reject) daripada kilang pengeluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seorang lelaki mengaku sebagai pekerja syarikat telah direkodkan keterangan untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan syarikat boleh didenda maksimum tidak melebihi RM 15,000.00 bagi setiap satu barangan yang cap dangangannya dipakaikan dengan salah atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan, termasuklah tidak menjual barangan yang cap dangangan dipakaikan dengan salah (tiruan) bagi mengelakkan tindakan oleh pihak KPDNHEP. – SM

(Visited 506 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button