Hiburan

Susahnya nak dapat anak – Siti Elizad

RAMAI yang sudah maklum berkenaan dengan proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) melibatkan pelakon, Siti Elizad.

Apatah lagi sebelum ini Siti Elizad sudah mengumumkan di akaun Instagram miliknya berkaitan dengan proses rawatan itu.

Hari ini, Siti Elizad pula memberitahu yang dia baru mengambil suntikan IVF pertama untuk proses rawatan kesuburan.

Siti Elizad juga memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dia menjalani rawatan tersebut.

Menariknya, Siti Elizad turut meletakkan kapsyen yang cukup menyentuh hati apatah lagi dia sudah lama berusaha untuk memiliki anak.

“Susahnya nak dapat awak ni anak. Harap-harap awak tengoklah video dan gambar-gambar macam mana susahnya nak dapatkan awak.

“Ya Allah, perkenankanlah doa ku yang satu ini dan juga buat mereka yang sedang berusaha seperti saya,” katanya.

Antara yang turut mendoakan usaha Siti Elizad ialah penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meninggalkan pesan untuk benyakkan berdoa, solat hajat dan tahajjud. -SM

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button