Nasional

Bar beroperasi tanpa ikut SOP, 68 individu dikompaun

SEBANYAK 68 individu termasuk pengurus premis sebuah bar dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin@Hilmi berkata, pemeriksaan dijalankan Cawangan Anti-maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) kira-kira pukul 10.24 malam di sebuah bar di Jalan Telawi.

“Dalam pemeriksaan itu, kita telah menahan seorang lelaki dipercayai pengurus premis bersama dua orang lelaki lain dipercayai pekerja.

“Polis juga menahan 47 lelaki dan 18 wanita yang disyaki pengunjung premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam,  siasatan lanjut mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah tetapi tidak mengikut pematuhan operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa PKPP.

Jelasnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 50 tahun telah dikenakan saman kompuan sebanyak RM1,000. -SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button