Nasional

Bapa tikam anak sendiri rupanya positif dadah

SUSPEK lelaki yang menikam anak perempuannya yang berusia setahun semalam di sebuah rumah di Puchong Permai semalam didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat hari ini.

“Suspek yang telah ditahan semalam kini akan direman selama lima hari berkaitan dengan kes tersebut.

“Anak perempuannya pula masih lagi dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek yang ditahan polis semalam. – Gambar laman sosial

Semalam, suspek berusia 27 tahun itu didakwa tiba-tiba mengamuk sebelum menikam perut anaknya kira-kira pukul 3.45 petang.

Turut dirampas ialah sebilah pisau roti yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa. -SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button