Hiburan

Bapa mertua Brooklyn Becham jutawan Yahudi

BAPA mertua Brooklyn Beckham ialah seorang jutawan Yahudi. Tidak hairanlah kalau rumah agam bernilai RM435 juta yang dimiliki oleh Nelson Peltz menjadi penanda aras untuk David dan isteri, Victoria, berhabis sebanyak RM14.8 juta bagi majlis perkahwinan anak sulungnya itu.

Ada kemampuan kewangan, pasti kedua ibu bapa Brooklyn, 23, mahu mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang untuk anak dan menantu mereka, Nicola, 27.

Tidak perlulah netizen nak mengecam. Lagipun, majlis diadakan di rumah agam pengantin perempuan di Palm Beach, Florida.

Majlis perkahwinan Brooklyn-Nicola turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Mel C, Eva Longoria dan bintang tenis dunia, Serena Williams.

Mereka yang mengecam perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak pengantin lelaki, jika ada duit sebanyak itu dan berstatus jutawan, pasti akan melakukan perkara yang sama seperti David dan Victoria.

Lagipun, ini adalah untuk majlis perkahwinan anak sulung mereka dan tidak perlulah menyuruh David menderma  kepada mana-mana pihak.

Serba salah dibuatnya komuniti yang membuat kecaman. Andaikata majlis perkahwinan Brooklyn bertaraf biasa-biasa sahaja, pasti jadi bahan cercaan juga.

Mengapa perlu dikatakan majlis perkahwinan Brooklyn umpama sampah yang menjijikan sedangkan yang mengata itu lebih jijik dan memalukan.

Terdahulu, Brooklyn dan Nicola mengikat tali pertunangan selama setahun selepas menjalin percintaan.

Perjanjian praperkahwinan (prenuptial agreement) pasangan ini bernilai RM16 juta, walaupun Brooklyn tidak bekerja dan isterinya, seorang aktres.

Perjanjian itu dibuat bagi melindungi harta kekayaan Beckham yang bernilai RM2.9 bilion (380 juta pound). – SM

(Visited 419 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button