Nasional

PH mahu jayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

PAKATAN Harapan  akan bersama-sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

Jawatankuasa Imunisasi Pakatan Harapan telah mengkaji program tersebut dan secara dasar mengalu-alukan perancangan kerajaan dalam melaksanakan program imunisasi ini.

Katanya, kejayaan melaksakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah penting untuk memulihkan ekonomi, mengurangkan kejangkitan COVID-19 dan memulihkan kehidupan rakyat.

Jawatakuasa terdiri daripada sembilan wakil rakyat Pakatan Harapan itu berkata, program tersebut perlu dijayakan kerana ia melangkau perbezaan politik.

“Maka pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang harus menjadikan ia misi nasional terpenting, dan pantang gagal (“failure is not an option”).

“Pakatan Harapan akan menyokong usaha Kementerian Kesihatan dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Kerajaan negeri Pakatan Harapan, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Harapan akan memberi kerjasama dan sokongan kepada KKM untuk menjayakan program ini. Kerana ia melangkau perbezaan politik,” katanya.

Jawatankuasa itu berharap semua wakil ahli parlimen Pakatan Harapan dimasukkan dalam jawatankuasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk menunjukkan program imunisasi tersebut merupakan usaha yang bersifat “bipartisan” dandemi kepentingan negara.

Selain itu pihaknya meminta kerajaan supaya menyediakan rancangan komunikasi yang komprehensif untuk menerangkan rancangan imunisasi kepada warganegara dan bukan warganegara.

“Komunikasi multi-modal, pelbagai medium, pelbagai bahasa yang aggressif perlu dilaksanakan. Program imunisasi kepada 80% rakyat dewasa Malaysia atau 66.7 juta dos bukan perkara yang mudah.

“Oleh sebab itu, Pakatan Harapan menyeru kerajaan untuk menyediakan pusat Imunisasi yang secukupnya kepada semua warganegara dan bukan warganegara terutamanya di kawasan pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Jawatankuasa Imunisasi PH terdiri daripada Dr. Dzulkifly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), Dr. Kelvin Yii (Bandar Kuching), Dr. Hatta Ramli (Lumut), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Dr. Ong Kian Ming (Bangi), Dr. Siti Maria (Exco Kesihatan Selangor), Dr. Norlela Arifin (Exco Kesihatan Pulau Pinang)
dan S. Veerapan (Exco Kesihatan Negeri Sembilan).

Muhyiddin melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini, mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik Covid-19.

Rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak mengambil mudah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula hujung bulan ini.
Justeru,  Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak berlengah untuk mendaftar diri bagi mendapatkan vaksin apabila tiba masanya.-SM
(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button