pilihanPolitik

“Orang BN Arau, usah jadi pengkhianat parti.. contohi orang BN Pekan!” – Netizen

Akibat Datuk Shahidan Kassim kononnya tidak dicalonkan dalam PRU15, orang-orang Barisan Nasional (BN) mewakili jentera Parlimen Arau hilang semangat dan selesai mencabut segala jenis bendera parti.

Berbeza dengan orang-orang BN yang mewakili jentera Parlimen Pekan, meski pun pemimpin kesayangan mereka, Datuk Seri Najib Razak ‘disumbat’ ke dalam penjara, semangat mereka semakin membara.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Kamil Hajri berkata, tindakan orang-orang BN di Parlimen Arau menunjukkan sikap tidak matang selain memberi gambaran negatif kepada pihak lawan.

“Awak kena ingat.. awak masuk BN sebab perjuangan keramat, bukan sebab individu. Kalau sebab Shahidan Kassim tak dicalon dan awak menggelupur, baik suruh beliau masuk DAP.

“Mana tahu masih ada ruang dan peluang untuk Shahidan Kassim jadi calon mewakili DAP. Biar geng-geng dekat atas tahu langit tinggi ke rendah kalau nak main sangat dengan orang bawah,” tulisnya.

Sementara itu, Nursyakilla Ibrahim menulis, orang-orang BN tidak seharusnya menunjukkan sikap seperti pengkhianat sebaliknya hanya perlu akur pada keputusan yang dibuat.

“Mereka yang di atas lebih tahu apa yang terbaik demi PRU15. Yang penting, Perdana Menteri kekal dan kita perlu percaya 100 peratus perkara ini. Kita perlu percaya kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

“Maka.. ketepikan dahulu perasaan siapa yang kita selesa di kawasan kita. Objektif BN adalah untuk memastikan PH tidak boleh berkuasa. Itu jelas dan jangan dipertikaikan,” tulisnya. – SUARA MERDEKA

(Visited 439 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button