JenayahNasionalNegeri

Polis Padang Besar berjaya patahkan cubaan seludup 10 kilogram ganja

Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kereta dipandu suspek

POLIS Padang Besar berjaya mematahkan dan menghalang cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 10 kilogram daripada digunakan oleh 20,000 penagih sekalipun terpaksa anggota polis terpaksa berdepan dengan tindakan agresif suspek.

Sebelum tangkapan, telah berlaku adegan kejar apabila suspek nekad memecut kereta dinaikinya bagi melepaskan diri.

Mohd Shokri menunjukkan Proton Preve yang dinaiki suspek yang telah ditemui 10 kilogram ganja.

Pihak polis juga terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan jenis Proton Preve bagi mempertahankan keselamatan pasukan.

Susulan itu, seorang pegawai polis terseliuh kaki semasa berlaku pergelutan ketika menangkap kesemua suspek.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, petang semalam.

Mohd Shokri berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 4 petang, 21 Oktober lalu apabila pasukan D7 Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar dalam satu operasi telah terserempak dengan sebuah kereta Proton Preve berwarna “silver”.

“Polis kemudiannya mengekori kereta tersebut dari Taman Agrovet, Padang Besar dan memintas kereta berkenaan di kawasan perumahan Jabatan Veterinar Padang Besar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, menyedari kehadiran polis, pemandu kereta berkenaan cuba melarikan diri dengan melanggar kereta pasukan polis.

“Pihak polis terpaksa mengambil tindakan menghimpit kereta itu ke pembahagi jalan dan menyebabkan Proton Preve itu melanggar pembahagi jalan dan berhenti,” jelas beliau.

Mohd Shokri berkata, semasa anggota polis keluar untuk membuat pemeriksaan, sekali lagi pemandu kereta itu cuba melanggar anggota polis.

“Dua das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar hadapan sebelah kiri bagi tujuan mempertahankan diri sebelum kereta suspek sekali lagi memecut laju,” katanya.

Katanya lagi, pasukan polis bertindak mengejar kereta yang dinaiki suspek sejauh lima kilometer.

“Sebaik sampai di Jalan Pokok Sena Dalam, Proton Preve yang dipandu suspek didapati hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bendang sawah,” katanya.

Tambah beliau, polis kemudiannya bertindak menyerbu ke kereta berkenaan di mana tiga lelaki tempatan dan seorang perempuan warga asing berjaya ditahan.

“Semasa tangkapan itu telah berlaku sedikit pergelutan sehingga menyebabkan seorang pegawai polis terseliuh kaki kirinya dan telah dirawat sebagai pesakit luar,” ujar beliau.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam yang diletakkan pada bahagian kaki penumpang di bahagian belakang tempat duduk di sebelah kanan.

Mohd Shokri menunjukkan gambar di tempat kejadian dan juga suspek berikutan penemuan 10 kilogram ganja di dalam kereta suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati terdapat bungkusan yang dibalut dengan plastik berwarna merah dan kuning dan pihak polis mendapati didalamnya mengandungi 10 ketulan mampat plastik lut sinar yang mengandungi daun kering disyaki ganja seberat 10 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, hasil saringan yang dilakukan mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan suspek kedua dan ketiga pula mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya lagi, ketiga-tiga suspek direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala suspek warga asing direman 14 hari di bawah Akta Imigresen.

Selain itu, katanya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – SM

BACA IPD Padang Besar berkas dua lelaki cuba seludup petrol subsidi

BACA “Wanted Person” ditahan Operasi Motosikal Bersepadu IPD Padang Besar

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button