Nasionalpilihan

Bapa legenda bola sepak Soh Chin Aun meninggal dunia

Soh Tee Yong bapa kepada legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun meninggal dunia di Hospital Alor Gajah dekat sini kira-kira pukul 1.00 pagi tadi.

Menurut Chin Aun, mayat ayahnya yang berusia 107 tahun meninggal dunia akan dibawa di kediamannya di Jalan Kolam Air, Alor Gajah.

“Ayah saya dimasukkan ke Hospital Alor Gajah kerana tidak berada sihat sejak tiga hari lepas apabila kesihatannya merosot kerana tidak boleh makan.

“Semua adik-beradik mengambil keputusan untuk menghantarnya untuk mendapat rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.00 pagi,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chin Aun berkata, mendiang ayahnya meninggalkan lapan anak iaitu lima lelaki dan tiga perempuan yang kesemuanya masih hidup.

Jelasnya, mayat ayahnya akan berada di Jalan Kolam Air selama empat hari bagi membolehkan saudara
mara, jiran, kenalan dan sahabatnya untuk memberi penghormatan terakhir. – SM

(Visited 587 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button