JenayahNasional

Bapa dera, bunuh anak perempuan 9 tahun direman

Mayat mangsa ditanam di tepi jalan Taman Dusun Bandar

SEORANG bapa durjana berusia 40 tahun yang mendera dan membunuh anak perempuannya berusia sembilan tahun ditahan polis semalam di Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu menanam mayat kanak-kanak perempuan itu di kawasan riadah, tepi jalan Taman Dusun Bandar.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, perbuatan kejam suspek terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis mengenai anaknya yang lemah dan berdarah pada bahagian mulut selepas dia pulang dari kerja pada Jumaat lepas dan mengesyaki anaknya didera oleh suaminya.

Noor Dellhan berkata, susulan laporan yang dibuat oleh wanita warga asing berusia 41 tahun itu, sepasukan anggota polis bersama wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ke rumahnya di Jalan Pudu untuk mengambil anaknya tetapi anak serta suaminya tiada di rumah.

“Lelaki berumur 40 tahun yang tidak bekerja itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Ahad lepas di Jalan Pasar Pudu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar namun tidak mendedahkan waktu lelaki berkenaan menanam mayat anaknya itu.

Beliau berkata, keputusan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak perempuan itu adalah disebabkan cedera parah pada bahagian abdomen akibat hentakan objek tumpul.

Menurut beliau lagi, lelaki itu direman tujuh hari hingga 18 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 678 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button