Nasional

Raya bersama PM & jemaah menteri di 6 buah negeri bermula 29 April hingga 14 Mei

Rakyat Malaysia berpeluang untuk meraikan hari raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bermula 29 April hingga 14 Mei depan.

Menariknya, ia berkonsepkan Rumah Terbuka Aidilfitri dan akan diadakan di enam buah negeri merangkumi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan serta Terengganu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI terbuka kepada orang ramai bagi memberi peluang untuk mengeratkan silaturahim.

“Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri itu akan bermula di Kedah pada 29 April di Hotel Raia, Alor Setar bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

“Ia kemudian diteruskan di Pulau Pinang dengan UiTM Permatang Pauh menjadi venue pilihan pada 6 Mei, yang dijadual pada jam 11 pagi hingga 2 petang,” katanya dalam kenyataan itu.

Lokasi ketiga ialah di Dewan Majlis Bandaraya, Seremban pada 7 Mei bermula 11 pagi hingga 2 petang.

Sementara itu, Rumah Terbuka Aidilfitri di Kelantan pula akan berlangsung di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei bermula pukul 7 hingga 10.30 malam.

Di Terengganu, rumah terbuka tersebut berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UNISZA pada 13 Mei pada jam 7 hingga 10.30 malam.

Selangor menjadi lokasi terakhir dengan penganjuran berkenaan berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Batu Caves pada 14 Mei bermula 8 hingga 11 malam.

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button