NasionalRencah Hidup

Bantuan gereja datang ‘sepantas kilat’ banding zakat – ibu tunggal

NASIB seorang ibu tunggal yang mempunyai lima beranak didakwa hanya terbela selepas menerima bantuan daripada gereja untuk meneruskan kehidupan.

Malah, bantuan daripada sumber sama juga diterima bagi persekolahan anak-anaknya berbanding permohonan zakat yang dibuat sejak sembilan tahun dahulu.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Khaty memberitahu, beliau berasa terhina apabila permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada pusat zakat berakhir dengan tanda tanya.

Katanya, dia berusaha untuk memenuhi syarat yang dikeluarkan oleh pihak zakat termasuklah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkaitan.

Namun dakwanya, borang-borang permohonan mereka hanya dicop, dicop dan dicop sehinggalah berlarutan selama sembilan tahun.


“Sudah sembilan tahun duduk di kawasan Ampang ini dan, saya meminta bantuan di Zakat Selangor selama sembilan tahun hanya sekali sahaja dapat untuk (bantuan) tunggakan sewa rumah.

“Selainnya, hanya dapat mendapat bantuan sebagai ibu tunggal untuk menyara tiga orang anak dan seorang adik yang tidak sihat.

“Jadi selama sembilan tahun saya mengenali seorang individu yang datang dari gereja.

“Daripada beliaulah saya menerima bantuan untuk membesarkan anak, bantuan perniagaan dan semualah keperluan yang diperlukan untuk anak-anak sampai masuk universiti,” luahnya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabat My Aduan Penjaja Prihatin (MAPP) Ampang, semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Amy memaklumkan menerima bantuan gereja selepas terpaksa menyuruh anak berpuasa kerana tiada makanan untuk dimakan.

Malah, ketika bulan puasa ini juga, dia mendakwa terpaksa pergi menumpang berbuka puasa di rumah anak yatim bagi mendapatkan makanan.

“Saya berasa segan bila pergi dekat orang itu, saya minta tolong untuk anak saya yang nombor dua, bantuan sekolah. Saya mempunyai tiga orang anak yang bersekolah.

“Selepas itu, sampai ke hari ini, tiada satu individu daripada mana-mana pihak zakat datang membantu saya. Hanya pihak gereja sahaja yang datang membantu.

“Saya, anak-anak pernah berpuasa tak makan kami tiada sunggu pendapatan, saya terpaksa minta anak saya berpuasa beberapa hari.

“Kami hanya makan sewaktu berbuka sahaja. Untuk bulan puasa ini, kadang-kadang saya terpaksa pergi ke rumah anak-anak yatim untuk berbuka bersama anak beranak.

“Betul, kata orang saya terima bantuan ramai yang hina sebab ambil bantuan daripada gereja. Tetapi, mana orang Islam yang saya minta bantuan,” katanya hadir dalam sidang akhbar sama.

Malah dakwanya lagi, dia pernah pergi ke pejabat sebuah parti politik untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya dibalas dengan kenyataan peruntukan hanya untuk orang politik sahaja.

Seorang lagi ibu tunggal yang juga mahu dikenali sebagai Amy memberitahu, pegawai pusat zakat membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain yang susah ketika membuat permohonan bantuan.

Katanya, permohonan bantuan daripada pusat zakat terpaksa dibuat kerana sudah diceraikan suami dan terpaksa menanggung lima orang anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).

“Ok macam ini, akak ada lima orang, empat masih kecil, seorang orang kurang upaya (OKU). Pernah cuba minta, sudah bahagi borang dan cop semua tetapi tak dapat pun.

“Akak pernah pergi (berjumpa) orang yang kerja zakat, dia minta orang (pegawai) suruh cop, tetapi bila kita jumpa dia, patutnya dia boleh terima kita.

“Tetapi tak, dia lagi kecam dan hina kita dan cakap eh akak ini ada orang yang lebih susah, tak pernah bagitahu.

“Akak sekarang ini sudah diceraikan suami, jadi akak kena cari duit, sampai air kena potong dekat rumah.

“Tetapi bila akak tunjuk bil-bil semua, dia (pegawai zakat) kata kenapa nak minta bantuan sedangkan ada orang lain yang susah pun ok sahaja.

“Kenapa akak kena minta bantuan, kemudian akak cakap, dalam bank memang tak ada duit, kalau tuan hendak tengok saya tak ada duit, nah saya bahagikan (tunjuk).

“Saya tak boleh menipu duit zakat dan janji saya dengan Allah, kalau dalam bank saya ada duit, saya tak minta zakat. Sebab dalam bank saya tak ada duit. Saya sudah mohon merata,” luahnya.

Sementara itu, Ketua Wanita organisasi bukan kerajaan (NGO), Kramat, Sharifah Noorlina Mahdar, dalam sidang akhbar sama memaklumkan akan membawa perkara ini ke tengah.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan pegawai-pegawai pusat zakat yang bersikap demikian dan menyukarkan permohonan bantuan zakat yang dimohon ketiga-tiga ibu tunggal terbabit. – SM

(Visited 1,172 times, 9 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button