fbpx
Berita

Bantuan bekalan makanan penduduk Tawau ditambah

Bekalan bantuan untuk penduduk Taman Semarak, Tawau yang didakwa menghadapi masalah kekurangan bekalan keperluan sejak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), akan segera ditambah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata, pihaknya telah mengarahkan agensi terlibat untuk menangani masalah penduduk berkenaan.

“Saya difahamkan mungkin timbul sedikit kekeliruan komunikasi berhubung prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut berkaitan kekurangan bekalan makanan,” katanya lapor Bernama.

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan kira-kira 20 penduduk berkumpul di belakang pagar kawad berduri kawasan itu, sambil memegang plakad meminta bantuan segera diberikan kepada mereka. 


Show More

Related Articles

Back to top button