Politik

Bantu perbetulkan kesalahan jika mahu lihat negara lebih baik

MENTERI Kesihatan Dr Adham Baba mahu rakyat bantu memperbetulkan kesalahan jika mahu melihat pentabiran kerajaan menjadikan negara lebih baik.

Beliau menjawab soalah salah seorang pengikut di Instagramnya yang mahu kepastian mengenai jumlah sebenar bilangan negara di seluruh dunia.

Soalan itu ditujukan berikutan. Dr. Adham mengatakan telah membuat telesidang video bersama ‘500 negara’ dalam satu telesidang video bersama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

“Datuk tolong jawab, saya nak tanya mengenai negara di dunia ini ada berapa? Sebab saya rasa Google bagi jawapan salah,” tanya Muhammad.Putraa.

“Muhammad.Putra Google tidak salah. Ya saya tersalah sebut 500 negara. Sepatutnya 500 wakil negara. JIka saya salah, saudara kena bantu perbetulkan itupun jika saudara mahu melihat pentadbiran kerajaan menjadikan negara ini lebih baik,” jawab Dr. Adham.

Petikan perbualan dalam video berkenaan ditularkan netizen dan pemimpin pembangkang yang rata-ratanya menjadikan kenyataan Adham itu sebagai bahan jenaka.

Adham tersasul berkata demikian memandangkan hanya terdapat 195 negara di seluruh dunia.-SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button