Ekonomi

Bank Rakyat umum penamatan khidmat pengerusi

BANK Rakyat hari ini mengumumkan penamatan perkhidmatan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain yang disandang beliau di Bank Rakyat termasuk sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa pada 4 April 2020.

Bank Rakyat dalam satu kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Noripah Kamso yang telah berkhidmat bersama Bank Rakyat sejak 11 Disember 2018.

“Kami menghargai jasa dan khidmat yang diberikan Datuk Noripah Kamso terutamanya dalam mengemudi perancangan dan memimpin agenda kelestarian Bank serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan beliau.”

Bank Rakyat juga optimis bahawa meskipun terdapat perubahan dalam kepimpinan Bank, segala operasi dan hala tuju yang telah direncana akan diteruskan seperti biasa bagi meneruskan legasi kecemerlangan Bank Rakyat.

Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik sahaja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.

BACA JUGA:

Bank Rakyat umum dividen 14 peratus bagi 2019

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button