HaiwanLuar Negara

Wanita belanja RM600,000, rawat penyakit French Bulldognya

SEORANG pemilik haiwan peliharaan di Australia, Sydney, telah membelanjakan AS$200,000 iaitu sebanyak RM597,291 untuk menyelesaikan masalah kesihatan anjing baka French Bulldog miliknya yang disebabkan oleh amalan pembiakan yang tidak benar.

Menurut laporan Daily Mail, French Bulldog milik Maureen Elvy diberi nama sebagai Phoebe memerlukan pembedahan tulang belakang, saluran pernafasan dan alat kelamin serta imunoterapi berkala yang menelan kos rawatan AS$2,000 (RM5,971) sejak dia memelihara anjing itu pada tahun 2017.

Kesihatan Phoebe sangat tidak menentu sehingga dia alah kepada 700 jenis pokok dan hanya boleh bertahan dengan diet daging buaya dan biskut hypoallergenic.

Dia tidak boleh bermain di kebanyakan taman di Sydney kerana dia alah dengan rumput biasa di taman.

Phoebe telah diberikan kepada Elvy sebagai hadiah untuk membantunya pulih daripada kematian kucing kesayangannya iaitu Junior.

Perhubungan kedua-dua haiwan peliharaan membantu Elvy, bekas model, dalam tempoh pemulihan yang lama di rumahnya di Sydney selepas kemalangan kereta pada sambutan Hari Australia tahun 2013 yang menyebabkannya lumpuh.

Rawatan Phoebe kebanyakannya telah dibayar dengan kad kredit, bantuan daripada keluarga, sumbangan GoFundMe dan insuran premium haiwan peliharaan sebanyak AS$100 setiap dua minggu.

Selain pembedahan, Phoebe memerlukan ubat untuk alahan kerana dia sangat alah kepada 700 jenis pokok getah dan pelbagai jenis makanan.

Selain dietnya yang sudah terhad, sebarang sayur-sayuran akan membuatnya muntah dan menyebabkan ulser pada perutnya.

Pembedahan yang paling mahal setakat ini ialah AS$16,000 (RM47,694) untuk kecederaan saraf tunjang akibat terjatuh tiga anak tangga selepas kakinya terperangkap di dalam hos air.

Mengimbas kembali, Elvy mengakui dia mungkin tidak akan mendapatkan Phoebe sekiranya dia tahu kosnya akan tinggi walaupun dia tidak menyesal memilikinya.

“Saya fikir masa depan saya mungkin lebih sukar dari segi kewangan kerananya tetapi saya benar-benar percaya saya bertuah kerana memilikinya, dia telah menjadikan hidup saya menyeronokkan.

“Mungkin tiada pemilik lain yang sanggup memenuhi keperluannya, mungkin mereka sudah menyerah dengan keadaannya,” katanya. – SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button