Politik

‘No DAP’ – Wanita UMNO

GEMA laungan ‘No DAP’ yang menolak kerjasama dan membentuk kerajaan dengan parti itu terus bergema dalam kalangan pemimpin UMNO.

Hari ini Pergerakan Wanita UMNO pula menyahut laungan ‘No DAP’ yang diputuskan oleh mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO akan sentiasa komited dan teguh dengan keputusan parti.

Menurutnya, Wanita UMNO juga tidak akan mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti atau individu yang mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan DAP.

“Wanita UMNO juga yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti keramat di negara ini.

“Justeru, Wanita UMNO berharap semua ahli parti khususnya Wanita UMNO supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan keharmonian di dalam parti,” kata Noraini.

Noraini mengajak semua anggota Wanita UMNO terus mengukuhkan benteng parti.

Ini bagi memastikan keutuhan UMNO tidak ditembusi pihak lawan yang mahu melihat parti keramat itu tenggelam.

Sebelum ini beberapa pihak menimbukan spekulasi kononnya terdapat pemimpin UMNO yang akan meninggalkan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih-lebih lagi selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Isnin lalu.

Anwar juga juga Ketua Pembangkang di Parlimen merupakan sekutu kuat DAP selain Amanah yang membentuk Pakatan Harapan.-SM

 

 

 

(Visited 514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button